KL Thunder mudah jinakkan Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

KL Thunder mudah jinakkan Harimau Kumbang

TRIO KL Thunder menunjukkan aksi ampuh untuk mudah menjinakkan Penang Black Panthers 20-10, 21-12 di Arena Spice, Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Tentangan sengit yang dijangkakan hadir daripada Penang Black Panthers bagaimanapun meleset apabila tuan rumah kalah mudah 10-21, 12-21 kepada Kuala Lumpur (KL) Thunder, sekali gus membolehkan skuad ibu kota itu menjarakkan diri dalam perebutan gelaran naib juara Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 di Arena Spice, Bayan Baru hari ini.

KL Thunder yang sudahpun menyerahkan mahkota kejuaraan kepada ATM Guardians menunjukkan kesungguhan untuk menutup kempen sekurang-kurangnya di tangga kedua dengan mengukuhkan kedudukan menerusi 20 mata, dua mata mengatasi Harimau Kumbang.

Sorakan padu penyokong tuan rumah hanya menggerunkan KL Thunder buat seketika apabila membenarkan Black Panthers mendahului 5-0.

Perlawanan mula sengit apabila gandingan tekong Thunder, Syahir Rosdi, Amirul Zazwan (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) mula mendapat rentak dengan membuat rejaman tajam serta libasan balas ke gelanggang tuan rumah.

SOKONGAN padu penyokong tuan rumah di Arena Spice, Bayan Baru, Pulau Pinang gagal menaikkan semangat Black Panthers. – IHSAN STL

Skuad Harimau Kumbang dilihat mula ‘rebah’ setelah lawan mendahului mata 11-6 sehingga terpaksa membuat pertukaran sementara tekong, Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican dengan Muhammad Faisal Mohd. Fuad.

Biarpun cuba bangkit menerusi rejaman tajam tekong import, Aekasit Naphom, namun serangan garang yang dilakukan KL Thunder menerusi Azlan-Syahir memerangkapkan Penang Black Panthers yang akhirnya tewas 10-21.

Memasuki set kedua, Syahir terus melakukan beberapa rejaman tajam dan mendominasikan perlawanan untuk menang 21-12.

Saingan minggu terakhir STL 2021/2022 akan bersambung di Ipoh hujung minggu depan, di mana KL Thunder akan menentang Bomba Fighters pada Jumaat, sebelum menutup kempen dengan berdepan juara baharu, ATM Guardians pada Ahad.

Black Panthers pula akan berdepan pasukan sedang meningkat, Negeri Sembilan (NS) Antlers pada Jumaat, diikuti Bomba Fighters pada Sabtu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya