Kelab EPL belanja RM1.67 bilion - Utusan Malaysia

Kelab EPL belanja RM1.67 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Krisis Covid-19 tidak menjejaskan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk berbelanja besar dalam jendela perpindahan Januari yang ditutup secara rasmi kelmarin.

Secara keseluruhan, 20 kelab liga utama England telah membelanjakan 295 juta pound (RM1.67 bilion) sebulan, rekod kedua tertinggi dalam sejarah jendela perpindahan Januari.

Rekod jendela Januari ter­tinggi setakat ini adalah pada 2018 apabila 340 juta pound (RM1.92 bilion) bertukar tangan apabila Liverpool mendapatkan Virgil van Dijk, Pierre-Emerick Aubameyang tiba di Arsenal dan Lucas Moura disambar Tottenham.

Pembelian yang dilakukan kelab EPL hampir menyamai jumlah keseluruhan kombinasi empat liga utama Eropah – Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis.

Secara keseluruhan, kelab di Jerman, Itali, Sepanyol dan Perancis telah membelanjakan 315 juta pound (RM1.79 bilion) dalam pasaran jual beli pemain bulan lalu.

Newcastle mula menyerlahkan kemampuan kewangannya dengan membelanjakan 93 juta pound (RM526 juta).

Era The Magpies di bawah hartawan Arab Saudi bermula dengan membawa masuk Kieran Trippier, Chris Wood dan Bruno Guimaraes.

Juventus melakukan pembelian terbesar dengan membeli penyerang muda Serbia, Dusan Vlahovic, 22, pada harga 75 juta euro (RM353 juta) dari Fiorentina, manakala Barcelona membayar 55 juta euro (RM259 juta) untuk Ferran Torres.

Liverpool melakukan satu pembelian besar iaitu 45 juta euro (RM211 juta) bagi mendapatkan penyerang sensasi ­Colombia, Luis Diaz, 25, dari Porto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya