Kedah mampu saingi JDT bila ada stadium baharu - Utusan Malaysia

Kedah mampu saingi JDT bila ada stadium baharu

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka mampu menyaingi Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama lagi apabila memiliki stadium baharu yang dilengkapi pelbagai kemudahan serba canggih.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, stadium baharu itu akan dilengkapi dengan pusat latihan dan kemudahan bola sepak moden.

Katanya, di bawah kepimpinan Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar sebagi penaung kelab, KDA FC kini berada di laluan tepat untuk menjadi kelab yang kukuh.

“KDA FC tampil lebih segar setelah mendapat sentuhan Mohd. Daud dan berjaya pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini serta menghadapi saingan kejohanan AFC.

“Beliau berjaya membentuk jaringan kerjasama yang baik dan sedang dalam perancangan untuk membina stadium baharu untuk kelab di Sungai Petani.

“Saya yakin usaha yang sedang kita lakukan ini membolehkan kita satu hari nanti mampu menyaingi JDT. Kalau tak dapat menewaskan mereka, dapat seri (sama kedudukan) pun sudah OK,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Perancangan pembinaan stadium baharu bukanlah perkara baru malah usaha pembinaan stadium baru telahpun dilakukan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah pada 2017.

Difahamkan, stadium baharu serba canggih itu menelan kos bernilai RM70 juta.

Selain pembinaan stadium baru, KDA FC turut akan membina pusat latihan bernilai RM20 juta yang dilengkapi dengan pusat rawatan, bahagian pekerja pakar dan bilik persalinan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, proses pembinaan stadium berkenaan mungkin akan dimulakan pada tahun ini bergantung kepada keadaan kewangan.

“Dengan perkembangan terkini serta kemudahan dan kelengkapan baharu yang semakin moden mengikut peredaran semasa, kos tersebut mungkin akan lebih tinggi.

“Kawasan kita sudah ada dan kini sedang mencari dana supaya proses pembinaan dapat dimulakan. Kita harap tahun ini dapat berjalan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya