Kedah, KL, JDT bertemu lawan mudah

Kedah, KL, JDT bertemu lawan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga kelab besar, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kuala Lumpur City (KL City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan mudah apabila diundi menentang pasukan Liga M3 pada pusingan pertama saingan Piala FA 2022.

Juara bertahan, KDA FC diundi menentang pasukan daripada Liga M3, Sains FC dalam pusingan pertama saingan Piala FA yang akan bermula pada Mac depan.

Majlis undian Piala FA 2022 itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam dan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd. Saiful Mat Sapri.

Dalam pada itu, Juara Piala Malaysia 2021, KL City turut senasib dengan KDA FC apabila diundi menentang pasukan Liga M3, Langkawi City FC.

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, JDT pula bakal menanti pemenang daripada perlawanan kelayakan di antara BRM FC menentang Tun Razak City FC untuk menentang JDT pada pusingan pertama nanti.

Sebelum ini, saingan Piala FA yang diperkenalkan sejak tahun 1990 terpaksa dibatalkan selama dua tahun selepas kejohanan itu tidak dapat berlangsung ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020.

Sebanyak 34 pasukan akan merebut trofi Piala FA musim ini iaitu 12 pasukan daripada Liga Super, 7 pasukan daripada Liga Premier dan 15 pasukan daripada Liga M3.

11 daripada 15 pasukan Liga M3 berjaya mendapat undian ‘bye’ untuk melayakkan mereka ke pusingan pertama kejohanan tersebut.

Empat pasukan Liga M3 akan bersaingan dalam perlawanan kelayakan iaitu BRM menentang Tun Razak City FC manakala Bukit Tambun FC akan menentang Imigresen FC.

Juara Piala FA musim ini juga akan diberikan slot dalam kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2023. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya