Kane hantui City - Utusan Malaysia

Kane hantui City

HARRY Kane membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa untuk membantu Spurs menewaskan pendahulu EPL, Manchester City.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER : Harry Kane berjaya meleburkan rekod 16 perlawanan tanpa kalah Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dua jaringan penyerang England itu berjaya membantu Tottenham meraih kemenangan 3-2 di Stadium Etihad sekali gus menyaksikan pemburuan kejuaraan Liga Perdana kembali terbuka.

Kegagalan City menyambar Kane kembali menghantui mereka meskipun empat kali pasukan tersebut mengemukakan tawaran kepada Spurs namun semuanya ditolak.

Liverpool berpeluang merapatkan jurang kepada tiga mata dengan pendahulu liga itu Khamis ini jika mereka dapat menewaskan Leeds di Anfield.

“Kami tidak perlu tewas dalam perlawanan kerana mengetahui betapa sukarnya untuk memenangi liga. Masih banyak lagi perlawanan yang perlu dilalui,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Sementara itu, pengendali Spurs, Antonio Conte berjaya mengelak melihat anak buahnya mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut selepas mempamerkan corak bertahan dengan gandingan Kane dan Son Heung-min cukup cemerlang pada babak kedua.

“Pertama sekali saya bencikan kekalahan. Reaksi kami hari ini (kelmarin) sangat penting.

“Kemenangan ini akan memberi lebih keyakinan kepada kami. Bukan mudah bertemu Manchester City selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut,” kata Kane.

Satu lagi gol Spurs dijaringkan Dejan Kulusevski manakala dua jaringan City hasil ledakan Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya