Kalah kepada Senegal, Mesir mahu balas dendam bulan depan - Utusan Malaysia

Kalah kepada Senegal, Mesir mahu balas dendam bulan depan

SADIO Mane (kanan) akhirnya membawa Senegal muncul juara Afrika.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE: Bintang Mesir, Mohamed Salah mahu membalas dendam atas kekalahan negaranya kepada Senegal dalam final Piala Negara-Negara Afrika pagi tadi apabila kedua-dua negara itu bermain dalam aksi playoff Piala Dunia bulan depan.

Skuad Pharaohs gagal merangkul kejuaraan  kelapan apabila tewas 2-4 dalam penentuan penalti selepas perlawanan sebenar tamat 0-0.

Mohamed Abdelmonem dan Mohanad Lasheen gagal menyempurnakan penalti, bermakna Salah tiada peluang mengambil sepakan sebelum Sadio Mane meledak gol kemenangan Senegal untuk kejuaraan Afrika buat kali pertama.

“Kami akan bangkit selepas ini. Hari ini kami tidak mampu menang tetapi kami akan lebih baik selepas ini,” kata penjaga gol Mesir, Mohamed Abou Gabal, yang dinamakan selaku Pemain Terbaik Perlawanan apabila menyelamatkan penalti Mane pada minit ketujuh.

Pemain berusia 33 tahun itu yang meletakkan nama samaran Gabaski di belakang jersinya, juga menyelamatkan penalti Bouna Sarr tetapi usahanya tidak membawa kemenangan.

Salah dilihat menangis walaupun Mane belum menyempurnakan sepakan ketika dia dua kali kecewa pada final Piala Negara-Negara Afrika dalam tiga edisi selepas Mesir juga tewas kepada Cameroon pada 2017.

“Salah ialah pemain kelas dunia dan perwatakannya sama seperti orang lain.

“Dia berazam untuk menang. Dia sudah bermain dan menang kejohanan besar di Eropah tetapi dia sangat mahukan trofi buat negaranya.

“Bersamanya kami mahu layak ke Piala Dunia. Dia sama seperti mana-mana kapten. Dia kecewa kerana gagal mencapai sasaran dimahukannya,” kata penolong jurulatih Mesir, Diaa al-Sayed. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya