Johor Tigris nyalakan harapan untuk ke Piala Juara-Juara - Utusan Malaysia

Johor Tigris nyalakan harapan untuk ke Piala Juara-Juara

PEMAIN Johor Tigris meraikan mata ketika menentang Putrajaya Cyborg di Spice Arena, Bayan Baru hari ini. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Peluang Putrajaya Cyborg untuk mencabar kedudukan naib juara semakin sempit selepas tumpas 0-2 kepada Johor Tigris dalam saingan Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Spice Arena, di sini petang tadi.

Kekalahan itu menyebabkan Cyborg berada di tangga kelima dengan 16 mata, dipintas oleh Negeri Sembilan (NS) Antlers yang naik ke kedudukan keempat menerusi 18 mata selepas menang 2-1 ke atas Kelantan Warriors dalam perlawanan terdahulu.

Persaingan gelaran naib juara kini terharah kepada juara musim lalu, Kuala Lumpur (KL) Thunder yang akan berentap dengan pasukan tuan rumah, Penang Black Panthers pukul 8 malam ini.

PUTRAJAYA Cyborg gagal menyaingi Johor Tigris hari ini.

Kedua-dua pasukan bersaing sengit untuk kedudukan tangga kedua dengan berkongsi 18 mata.

Dalam saingan sebentar tadi, Johor Tigris yang bersaing untuk memburu slot ke Piala Juara-Juara di Johor bulan depan menghidupkan harapan mereka apabila naik ke tangga ketujuh dengan kemenangan sengit 21-16 di set pertama.

Permulaan set kedua menyaksikan Tigris mempergiatkan rentak permainan apabila berjaya memungut mata 8-4 ke atas Cyborg.

Meskipun agak ketinggalan, Cyborg menggandakan serangan ke atas Tigris, namun sekadar memperoleh mata 8-12 dan beberapa ketika kemudian dilihat hampir merapatkan jurang kepada 13-14 sebelum kalah 17-21.

Putrajaya akan berdepan juara baharu, ATM Guardians di Ipoh Jumaat depan, sebelum menentang Perak Bison, manakala Tigris akan bertemu Selangor Pistons (Jumaat), Kelantan Warriors (Sabtu) dan pasukan semakin meningkat, NS Antlers pada Ahad depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya