KOTA BHARU: Johor Tigris yang kalah di set kedua bangkit untuk mencipa kemenangan 2-1 keatas Perak Bison dalam aksi Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Kompleks Sukan Panji di sini, hari ini.
Kemenangan Tigris dipacu oleh aksi memukau yang diperagakan oleh Haziq Norali menerusi rejaman-rejaman kencang dan hadangan mantap untuk meraih kemenangan berharga buat pasukannya.
Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi meraih kemenangan memeragakan aksi konsisten apabila saling berbalas-balas mata sehingga terikat pada kedudukan 22-22.
Mata terus terikat rapat menjadi 23-23 selepas itu, bagaimanapun Haziq Norali yang menerima apungan menarik dari Muklis Borhan berjaya melepaskan rejaman padu untuk menjarakkan mata kepada 24-23 berpihak kepada Johor Tigris.
Tekong import yang kali pertama diturun iaitu Siwatbanchan Seekhwa menoktahkan kemenangan buat Tigris menerusi kiraan mata 25-23 dalam aksi cukup dramatik.
Set kedua, Tigris bagai ‘nafsu’ apabila mudah ditanduk Perak Bison menerusi kemenangan 21-16 untuk mengheret ke aksi penentuan.
Kemenangan Bison di pacu oleh servis-servis ace yang dilakukan oleh tekong pasukan itu Meor Zulfikar Mat Amin selain rejaman deras menerusi Amirul Ramadhan Fazillah.
Aksi diset penentuan rancak diperagakan oleh kedua-dua pasukan apabila mata yang dipungut oleh setiap pasukan dilihat agak rapat pada satu ketika.
Bagaimanapun, Johor Tigris nyata unggul apabila terus menjarakkan kedudukan menjadi 18-13.
Siwatbanchan terus menjadi ‘duri dalam daging’ buat Perak Bison apabila servis ace yang dilalukannya menghadiahkan kemengan 21-13 buat pasukannya.
Kemenangan itu menyaksikan Tigris naik satu anak tangga dal usaha ‘membebaskan’ diri dari zon penyingkiran. – UTUSAN ONLINE