Johaug rangkul emas pertama Olimpik Musim Sejuk 2022 - Utusan Malaysia

Johaug rangkul emas pertama Olimpik Musim Sejuk 2022

Therese Johaug meraikan kejayaan menjuarai acara skiathlon wanita di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bintang ski Norway, Therese Johaug mendapat penghormatan sebagai pemenang pingat emas pertama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 apabila mengungguli saingan skiatlon wanita 15 kilometer (km) wanita hari ini.

Ini adalah pingat ketiga buat atlet berusia 33 tahun itu sepanjang penglibatannya dalam temasya Olimpik sejak 2010.

Johaug juga pernah memenangi 14 pingat emas pada Kejohanan Dunia dalam pelbagai acara antaranya 10km individu, 15km skiathlon dan 4x5km berganti-ganti.

Acara yang berlangsung petang tadi di Kuyangshu, Zhangjiaku itu menampilkan 65 peserta daripada 24 buah negara termasuk tuan rumah, China.

Di tempat kedua, Natalya Nepryayeva mewakili pasukan Olimpik (ROC) dengan catatan masa 45 minit 39 saat, manakala di tempat ketiga diduduki atlet Austria, Teresa Stadlober yang menamatkan saingan dengan catatan masa 44 minit 44 saat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya