ISKANDAR PUTERI: Jetua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berkata, Harimau Selatan akan berusaha keras menghadiahkan kemenangan buat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam
Tunku Ismail dalam ruangan komen di Instagram rasmi kelab, Official Johor hari ini berkata, beliau akan meninggalkan bola sepak jika JDT kalah dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu.
“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” kata Tunku Ismail.
Kenyataan Tunku Mahkota Johor itu seakan menunjukkan beliau yakin menumpaskan The City Boys pada perlawanan Sumbangsih yang berlangsung di gelanggang JDT.
“Saya ambil kenyataan itu sebagai hasratnya untuk menang bersama JDT. Saya perlu bertanggungjawab untuk mengingatkan pemain supaya perlawanan itu amat penting buat kelab bagi mengorak langkah kanan dalam kempen Liga Malaysia musim ini.
“Kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik kepada Tunku Ismail supaya dia akan terus berkekalan bersama pasukan.
“Jika beliau mengundur diri, saya akan mengikut jejaknya melakukan perkara yang sama,” kata Mora dalam sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengendali KL City, Bojan Hodak berkata, tekanan buat pasukan JDT semakin membuak-buak ketika ini setelah bos besar mereka mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Sudah tentu tidak ada sesiapa dalam pasukan yang mahu beliau mengundurkan diri kerana beliau yang mampu meletakkan bayaran tinggi buat pemain dan jurulatih,” ujarnya.
Sejak tewas 0-2 di tangan KL City pada aksi final Piala Malaysia tahun lalu, JDT telah mẹmbuat rombakan kecil dengan membawa masuk empat pemain import.
Skuad Harimau Selatan diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import antarabangsa iaitu Moussa Sidibe dan Fernando Forestieri serta dua pemain kelahiran Sepanyol iaitu Carli De Murga dan Bienvenido Maranon.
De Murga dan Maranon merupakan pemain import bagi kuota ASEAN setelah kedua-dua mereka beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina. – UTUSAN ONLINE