Jang tumpu bentuk persefahaman, kecergasan pemain - Utusan Malaysia

Jang tumpu bentuk persefahaman, kecergasan pemain

K. Devan sewaktu mengendalikan sesi latihan pasukan NSFC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam.-GAMBAR/IHSAN NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) kini memberikan tumpuan dalam aspek pembentukan persefahaman dan kecergasan pemain menjelang aksi Liga Super 2022 yang akan bermula awal bulan hadapan.

Ketua Jurulatihnya, K. Devan berkata, perkara itu kini menjadi penekanannya dalam persiapan pramusim pasukan NSFC memandangkan pasukan tersebut kali ini rata-rata dianggotai pemain-pemain baharu.

“NSFC hanya kekalkan 11 orang pemain daripada musim lalu, malah pemain import musim ini juga semuanya baharu. Mengenai persefahaman tentu belum mencukupi.

“Mereka perlu masa untuk serasi termasuklah daripada segi persefahaman taktikal permainan dan persefahaman corak permainan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Devan menambah, skuad NSFC juga sudah lengkap bagi menghadapi musim baharu termasuk lima orang pemain import baharu yang dibawa masuk.

Kelima-lima mereka ialah, Matheus Alves (Brazil) dan Kossi Adetu (Ghana), David Mawutor (Tajikistan), Omid Nazari (Filipina) dan Herold Goulon (Perancis).

“Pemain-pemain import ini kurang daripada dua minggu bersama dengan pasukan, daripada segi kecergasan belum capai tahap yang memuaskan. Masih dalam proses membina kecergasan terbaik mereka.

“Mereka juga masih dalam proses memahami taktikal dan corak permainan pasukan serta pada masa yang sama, kami juga sedang kenal pasti, kelebihan dan kekurangan pemain import untuk kita susun corak permainan berdasarkan kemampuan mereka itu,” kata Devan lagi.

Sementara itu, Devan menambah, NSFC telah melalui lima perlawanan persahabatan setakat ini dan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya termasuk beberapa orang pemain muda yang dibawa masuk musim ini daripada skuad Piala Presiden dan bawah-19 tahun.

“Selepas ini kami ada tiga lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang Kuching City FC, Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC sebelum berlangsungnya sepak mula Liga Super,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya