PETALING JAYA: Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah memohon orang ramai mendoakan kesihatan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf yang disahkan positif Covid-19 dalam keadaan sarat mengandung anak pertama mereka.
“Assalamualaikum guys, mohon doa untuk isteri saya yang baru positif Covid-19 dan mengandung 37 minggu. Semoga semuanya baik-baik untuk mummy dan baby. Esok patutnya baby check up (buat pemeriksaan),” katanya.
Hafizh yang bakal bersaing dalam Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) tahun ini berkata, lima ujian Covid-19 yang dilakukan isterinya sebelum ini adalah negatif.
“Lima hari dan lima kali buat ujian negatif. Hari ini pergi swab positif pulak dan saya pula negatif.
“Terima kasih semua yang mendoakan isteri saya dan baby. Semoga Allah SWT membalas jasa baik budi anda semua. Amin,” katanya yang melangsungkan perkahwinan dengan Noor Suzana pada Disember 2017. – UTUSAN ONLINE