Indra Putra, Wan Zack Haikal, Syamim tidak didaftarkan oleh Perak FC - Utusan Malaysia

Indra Putra, Wan Zack Haikal, Syamim tidak didaftarkan oleh Perak FC

INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga bekas pemain kebangsaan yang menyertai The Bos Gaurus musim ini tidak berada dalam senarai 20 pemain yang didaftarkan Perak FC sebaik sahaja tamat pendaftaran pemain, semalam.

Mereka adalah Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Ahmad Syamim Yahya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, MFL telah menerima senarai 20 pemain yang didaftarkan bagi Perak FC.

Wan Zack Haikal Wan Noor

“Pemain yang didaftarkan adalah pemain Liga Super tahun lalu yang dipanjangkan kontrak, pemain Piala Presiden dan juga Piala Belia, ketika ini pihak Sekretariat MFL bedang menyemak semua dokumen yang dihantar.

“Indra Putra, Wan Zack Haikal dan Ahmad Syamim tiada dalam senarai 20 pemain yang didaftarkan, tiada pemain baharu.

“Mengenai status ketiga pemain ini, seharusnya Perak FC yang menjawabnya, mungkin ada perbincangan pemain dengan pengurusan (Perak FC),” ujarnya ditemui selepas Majlis Pelancaran RTM selaku rakan penyiar Unifi untuk bola sepak Liga Malaysia 2022 anjuran MFL.

AHMAD Syamim Yahya (kanan)

Dalam perkembangan sama, Stuart turut mengesahkan UiTM FC akan menyertai saingan Liga Premier musim ini selepas mengemukakan 25 senarai pemain.

“Saya laporkan disini UiTM FC telah mendaftarkan 25 pemain dan mengikut pendaftaran ia sememangnya mencukupi, saya rasa tiada masalah untuk mereka bertanding pada 4 dan 5 Mac nanti,” katanya.

Perak FC sebelum ini berdepan tunggakan gaji pemainnya musim lalu dan dikenakan larangan pendaftaran pemain baharu selagi gagal melunaskan hutang tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya