Harimau Kumbang baham ATM Guardians - Utusan Malaysia

Harimau Kumbang baham ATM Guardians

PENANG Black Panthers sedia membenam Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ATM Guardians ditimpa kekalahan kedua, musim ini, apabila kecundang kepada Penang Black Panthers 2-1 dalam aksi Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Skuad muda dari utara tanah air itu beraksi baik seawal set pertama apabila mereka mudah membenam ATM 21-9.

Begitupun, dalam set kedua Harimau Kumbang gagal menamatkan perlawanan lebih awal apabila mereka tunduk di tangan pendahulu STL itu 19-21.

Permainan yang diheret sehingga ke set penentuan akhirnya berpihak kepada Pulau Pinang untuk mengutip dua mata berharga apabila menang 21-13 ke atas ATM.

Kemenangan tersebut amat penting buat Harimau Kumbang yang ditimpa enam kekalahan berturut-turut dan kemerosotan prestasi secara tiba-tiba itu menyebabkan mereka jatuh dari kedudukan kedua pada awal musim dan kini menghuni tempat kelima dengan 12 mata.

Sementara itu, ATM Guardians yang dilanda isu kecergasan pemain ekoran kecederaan yang menimpa apit kanan, Muhammad Afifuddin Mohd Razali masih kekal di kedudukan teratas liga dengan 20 mata.

Pertemuan kedua-dua pasukan itu juga merupakan yang terakhir di Stadium Titiwangsa kerana STL akan beralih angin ke Pantai Timur tanah air iaitu di Kota Bharu, Kelantan pada hujung minggu depan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya