Giliran Lingard sangkal Rangnick - Utusan Malaysia

Giliran Lingard sangkal Rangnick

JESSE LINGARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Jesse Lingard menjadi pemain terbaharu menyangkal kenyataan pengurus sementara, Ralf Rangnick apabila menegaskan dia dalam ‘keadaan baik’ selepas Manchester United merehatkannya pada saingan Piala FA semalam.

Rangnick sebelum itu mendedahkan, Lingard tidak dapat bermain dalam perlawanan pusingan keempat menentang Middlesbrough kerana pemain itu meminta ‘rehat’ untuk menenangkan diri selepas permintaannya untuk meninggalkan Old Trafford disekat oleh lembaga pengarah Jesse kelab.

RALF RANGNICK

Lingard sebelum ini dikatakan berminat untuk menyertai Newcastle dan West Ham pada pasaran perpindahn Januari.

“Jesse bertanya kepada saya dan pihak pengurusan kelab jika dia boleh mendapat beberapa hari cuti bagi memikirkan situasi yang sedang dialami.

“Saya rasa dia akan kembali bersama pasukan pada Isnin depan,” kata Rangnick dalam sidang akhbar kelmarin.

Lingard bagaimanapun menyangkal kenyataan itu dengan menulis di Twitter: “Kelab yang mengarahkan saya bercuti atas alasan-alasan peribadi!

“Tetapi keadaan saya sebenarnya baik sahaja dan saya akan selalu menjadi profesional jika dipanggil, malah akan beri 100 peratus.”

Rangnick mendedahkan, United terpaksa ‘menyimpan’ Lingard sehingga musim ini berakhir ekoran masalah yang dicetuskan Mason Greenwood baru-baru ini.

ANTHONY MARTIAL

Greenwood telah ditahan Ahad lepas atas dakwaan merogol dan keganasan. Dia bagaimanapun dilepaskan dengan ikat jamin, namun kes itu masih dalam siasatan.

Ini kali kedua pemain United menggunakan media sosial untuk membidas kenyataan Rangnick.

Bulan lalu, Anthony Martial menafikan dakwaan Rangnick bahawa dia menolak untuk menjadi sebahagian daripada skuad dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Aston Villa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya