Gergasi Rusia uji kemampuan Harimau Selatan - Utusan Malaysia

Gergasi Rusia uji kemampuan Harimau Selatan

AKSI pemain JDT dalam perlawanan pramusim terakhir menentang kelab Rusia, Rodina Moscow di Duba, Rabu lalu. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang me­nguji juara Rusia 22 kali, Spartak Moscow dalam perlawanan pramusim memberi motivasi tambahan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu akan berdepan Spartak dalam aksi persahabatan terakhir di Dubai malam ini.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan pertemuan itu sebagai satu penghormatan buat Harimau Selatan.

“Ia satu penghormatan dapat bermain dan belajar daripada kelab besar seperti Spartak Moscow,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam.

Spartak dalam satu kenya­taan berkata, biarpun dipisahkan beribu-ribu batu, namun pasukan itu dan JDT ‘disatukan’ oleh seorang pemain, iaitu pertahanan Brazil, Mauricio.

“Bek tengah itu bermain untuk Spartak beberapa tahun lalu dan kini dia berada di Johor,” tulis kelab tersebut.

Spartak bukan sahaja pasukan yang digeruni di Rusia, malah sering mewarnai Liga Juara-Juara.

JDT telah mengharungi empat aksi persahabatan di Dubai sejak 25 Januari lalu di mana mereka menang 1-0 ke atas kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), seri 2-2 menentang MSK Zilina (Slovakia) dan 1-1 bertemu Riga FC (Latvia), sebelum tumpas 0-2 kepada Rodina Moscow dari Rusia, Rabu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya