MANILA: Filipina sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan Alen Stajcic sebagai ketua jurulatih selepas pengendali dari Australia itu membawa mereka mereka memahat sejarah layak ke Piala Dunia Wanita 2023.
Kontrak Stajcic akan berakhir sebaik sahaja Piala Asia Wanita 2022 tamat, 6 Februari ini tetapi khidmatnya amat ditagih pada saingan Piala Dunia 2023.
“Kami perlu bercakap dengan jurulatih Alen kerana sudah tentu, dia telah membawa pasukan ke tahap sekarang, dan kami mahu dia meneruskannya sehingga mungkin Piala Dunia tahun depan,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF), Mariano ‘Nonong’ Araneta.
Stajic berjaya meningkatkan kualiti bola sepak wanita Filipina dalam masa yang singkat sejak dilantik sebagai ketua jurulatih pada Oktober lalu.
Semalam, dia membawa negara itu melayakkan diri ke Piala Dunia Wanita buat kali pertama selepas menumpaskan Taiwan dalam suku akhir Piala Asia yang penuh dramatik dan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
“Kini semua kanak-kanak di Filipina sudah boleh mula mengimpikan untuk bermain di pentas Piala Dunia,” kata Stajcic sejurus kemenangan bersejarah itu.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam saingan suku akhir Piala Asia Wanita yang berlangsung di India sebelum Filipina menang penentuan sepakan penalti 4-3.
Panjaga gol Filipina, Olivia McDaniel menjadi tumpuan apabila menyelamatkan dua sepakan penting dalam tempoh kritikal itu.
Keputusan tersebut bukan sahaja membawa mereka menempah pertemuan dengan Korea Selatan dalam separuh akhir Piala Asia, Khamis ini, malah lebih penting layak ke Piala Dunia yang berlangsung di Australia dan New Zealand.
? HIGHLIGHTS | Chinese Taipei 1-1 Philippines ?? (3-4 on pens)
Philippines edge Chinese Taipei on penalties and create history by reaching the continental semi-finals for the first time ever!
? MATCH REPORT: https://t.co/nQ5sVUOzAe#WAC2022 | #TPEvPHI pic.twitter.com/TjeJ5lCW7Q
— #WAC2022 (@afcasiancup) January 31, 2022