LONDON: Gol tunggal Fabinho membantu Liverpool mencatat kemenangan keenam berturut-turut (semua kejohanan) untuk menang 1-0 di Burnley sebentar tadi, sekali gus terus mencabar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
Dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane kembali dalam kesebelasan utama selepas tamat Piala Negara-Negara Afrika, Reds bagaimanapun gagal mempamer aksi meyakinkan.
Begitupun jaringan jarak dekat Fabinho pada minit ke-40 menghidupkan harapan Liverpool untuk mengejar City yang kini menerajui liga dengan kelebihan sembilan mata.
Reds yang berada di tangga kedua turut memiliki kelebihan satu perlawanan.
Burnley yang dibimbing Sean Dyche pula kekal di tangga tercorot Liga Perdana dan kemenangan 1-0 Newcastle ke atas Aston Villa bermakna Clarets kini berada tujuh mata dari zon selamat. – AGENSI