Eki mahu pikat bos baharu Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Eki mahu pikat bos baharu Harimau Malaya

Shahrel Fikri Fauzi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shahrel Fikri Fauzi mencabar dirinya untuk mengembalikan prestasi terbaik bersama Selangor apabila musim baharu Liga Malaysia (Liga M) bermula bulan depan.

Kata Shahrel atau lebih mesra disapa Eki, hanya prestasi cemerlang dapat membantunya untuk mencuri perhatian jurulatih kebangsaan, Kim Pan-Gon yang turut dibantu oleh seorang jurulatih tempatan.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa kepada jurulatih baharu skuad kebangsaan sebab kali terakhir saya dipanggil memang persembahan saya agak menurun.

“Bagaimanapun tahun ini, kita tengok siapa jurulatih tempatan yang akan menjadi pembantu kepada Pan-Gon, saya harap saya mampu kembalikan persembahan terbaik saya dan menarik perhatian jurulatih baharu,” katanya ketika ditemui di majlis pengenalan barisan jurulatih dan pemain Selangor bagi musim 2022 kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Selangor, Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut, Shahrel mahu membantu pasukan Selangor membuktikan kehebatan pada tahun ini selain menganggap nombor baharu pada jersinya dapat memberi tuah kepadanya.

“Saya berharap dengan musim baharu, jersi baharu, saya mampu membantu pasukan Selangor tidak kira apa jua keadaan sekali pun, kita perlu buktikan sesuatu tahun ini.

“Nombor 10 tak memberikan tekanan tetapi mungkin bukan rezeki saya dan nombor 19 ini mungkin boleh menjadi nombor bertuah kepada saya, Insya-Allah saya akan buat yang terbaik untuk Selangor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya