Ee Yi, Yew Sin sedia galas cabaran Piala Thomas

Ee Yi, Yew Sin sedia galas cabaran Piala Thomas

piala thomas
TEO Ee Yi (kanan) dan Ong Yew Sin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Apa sahaja demi negara.

Beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi sedia dipanggil pada bila-bila masa jika khidmat dia dan pasangannya, Ong Yew Sin diperlukan bagi mengukuhkan skuad negara ke Piala Thomas di Bangkok, Mei ini.

Kata Ee Yi, peluang beraksi bersama pasukan badminton kebangsaan sentiasa dinantikan, apatah lagi dalam kejohanan besar seperti Piala Thomas.

“Bagi saya ini peluang yang bagus dan saya teruja jika BAM (Persatuan Badminton Malaysia) mahu memanggil kami. Sudah tentu saya bersedia sebab kita main untuk Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Berdasarkan ranking, Ee Yi-Yew Sin yang digugurkan daripada skuad kebangsaan pada 2020 menghuni tangga ke-11 dunia, menjadikan mereka beregu kedua terbaik Malaysia ketika ini selepas pasangan No. 7 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Satu lagi beregu negara, Ng Tze Fei-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani pula berada di ranking ke-17 dunia.

Sekiranya Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky memanggil pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia tahun lalu, maka skuad kebangsaan bakal membawa tiga beregu ke Thailand, dengan empat lagi slot diisi pemain perseorangan.

Menurut Ee Yi, 29, sudah agak lama dia tidak bermain dalam acara berpasukan dan cabarannya sangat berbeza.

“Acara berpasukan ini kita ada kawan-kawan berjuang bersama-sama untuk Malaysia. Pada masa inilah, kita dapat bina semangat berpasukan, suasananya memang berbeza,” ujarnya.

Katanya lagi, jika impian itu menjadi realiti, maka, penampilannya pada Piala Thomas bagi edisi kali ini adalah yang keempat buatnya.

Mengenai perancangannya selepas ini, beregu negara itu akan menyertai lima kejohanan sebelum Piala Thomas.

“Kami akan sertai Terbuka Jerman lagi dua minggu, selepas itu, All England, Terbuka Switzerland dan diakhiri Terbuka Korea serta Korea Masters,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya