Dilarang tukar jersi dengan Ronaldo, pemain United - Utusan Malaysia

Dilarang tukar jersi dengan Ronaldo, pemain United

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chris Wilde melarang pemain-pemain Middlesbrough bertukar jersi dengan Cristiano Ronaldo atau bintang Manchester United lain di atas padang.

Kelab Liga Kejuaraan itu akan bertandang ke Old Trafford awal pagi esok untuk aksi pusingan keempat Piala FA, dan Wilder mengakui jika menang, ia bukanlah kejutan terbesar buat mereka, namun masih satu kejutan.

Biarpun turun sebagai pasukan bukan pilihan, Wilder berjanji akan menghadirkan tentangan paling sengit sambil menegaskan, mereka datang ke Manchester bukan untuk ‘makan angin’.

“Mereka memiliki ramai pemain individu yang hebat yang berpotensi mengecewakan kami, malah telah mengecewakan banyak pasukan di Eropah serta Liga Perdana Inggeris.

CHRIS WILDE

“Bagaimanapun kami datang bukan untuk melancong. Saya tidak suka situasi bertukar jersi, saya tidak mahu kami datang ke Old Trafford hanya untuk menikmati lawatan.

“Kalau mereka mahukan jersi, lakukannya dalam bilik persalinan selepas itu. Kami tidak mahu dilihat terlalu mengagumi lawan, kami adalah pesaing United.

“Saya mahu pemain bermain dengan baik. Membuktikan kehebatan mereka dan menjadikan ia malam yang bahaya untuk Manchester United.

“Jika kami bermain dengan baik pasti kami boleh melakukannya. Ia tidak akan menjadi malam yang selesa buat Manchester United. Tidak ada sesiapa mahukan itu, termasuk saya,” kata Wilder yang bakal mendapat sokongan 9,000 penyokong di Old Trafford.

Wilder membimbing Middlesbrough memenangi lapan daripada 12 perlawanan sejak menggantikan Neil Warnock. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya