‘Darah Olimpik’ bapa kekuatan Aruwin - Utusan Malaysia

‘Darah Olimpik’ bapa kekuatan Aruwin

ARUWIN Salehhuddin (kiri) dan Jeffrey Webb membawa Jalur Gemilang, mengetuai perbarisan kontinjen Malaysia dalam Sukan OIimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Nasional, Beijing malam tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Biarpun dianggap ‘kerdil’ dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, namun ‘darah Olimpik’ yang mengalir di tubuh remaja berusia 17 tahun, Aruwin Salehhuddin akan menjadi kekuatan buatnya untuk cuba melakar kejutan di Beijing.

Bakal beraksi dalam dua acara, giant slalom (Isnin ini), diikuti slalom pada Rabu, Aruwin bertuah kerana mendapat sokongan padu bapanya yang berpengalaman luas dalam dunia sukan biarpun dari acara berbeza.

Bapanya, Salehhuddin Ayob pernah mewakili negara dalam acara kanu slalom perseorangan dalam Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

BERSAMA bapa, Salehhuddin Ayob.

Kali ini, Salehhuddin akan bertindak sebagai pengurus pasukan ski alpine Olimpik, dan beliau pastinya bapa paling bangga melihat anak gadisnya berjaya melayakkan diri ke Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Apabila dia ditanya, apa yang telah dilakukan untuk memberi inspirasi kepada Aruwin cemerlang dalam sukan, Salehhuddin membalas: “Saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjadi contoh kepada anak perempuan saya”.

Memiliki Sarjana dalam bidang Sains Politik dari University Kent State, Ohio, Salehhuddin mengambil peluang menyertai pelbagai jenis sukan sepanjang menuntut di Amerika Syarikat seperti kanu dan kayak melalui Persatuan Kayak Kent State pada 1988.


ARUWIN bertuah mendapat dukungan ibu, Siti Alphiah Tunggal (tengah) dan bapanya, Salehhuddin Ayob.

Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, beliau turut membuat kemunculan dalam Piala Dunia 20 lima tahun berturut-turut, dan semangatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai atlet memberi inspirasi kepada Aruwin.

Aruwin bukan sahaja bertuah mempunyai bapa yang hebat di pentas sukan, malah mendapat dukungan hebat daripada ibunya, Siti Alpiah Tunggal yang sanggup berkorban masa dan wang demi.

Siti Alpiah telah menjadi penyokong tegar suaminya sejak mereka sama-sama menuntut di Universiti Kent State sehinggalah menjadi pengurus pasukan semasa Salehuddin berjaya melayakkan diri ke temasya Olimpik Atlanta 1996 pada usianya 32 tahun.

Siti Alpiah yang bekerja sebagai Pakar IT di Colorado Spring, Amerika Syarikat kini mengambil cuti bekerja, malah mengeluarkan wang sendiri bagi membiayai perbelanjaan ke Beijing.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya