Covid-19 mampu ancam Piala AFC di Bukit Jalil? - Utusan Malaysia

Covid-19 mampu ancam Piala AFC di Bukit Jalil?

AHMAD Faizal Azumu (dua, kiri) merasmikan buku Dato Shukor Salleh - Jeneral Padang di Kelana Jaya semalam. Turut kelihatan, Shukor Salleh (kanan), Mohd. Yusoff Mahadi (dua, kanan) dan Zabidi Sultan. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun tidak pernah membangkitkan isu menarik diri sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Jun ini, namun Malaysia bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan jika kes Covid-19 di negara ini terus mencatat peningkatan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setakat ini Malaysia tiada perancangan menarik diri daripada menganjurkan aksi Kumpulan E, apatah lagi status tuan rumah bakal memberi ke­lebihan kepada Harimau Malaya mencipta kejutan.

Bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan semua pihak dapat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan memperketat SOP kendiri bagi melawan penularan Covid-19 supaya aktiviti sukan tidak menjadi ‘mangsa’ se­perti sebelum ini.

“Setakat ini tiada perbinca­ngan ke arah itu (menarik diri). Tiada apa apa perubahan dari segi SOP, SOP seperti sedia ada dan kita tidak membincangkan sama ada mahu tangguh atau sebagainya. Segalanya akan berjalan seperti yang dirancang.

“FAM sebagai penganjur dan kementerian sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama. Cuma saya berharap orang ramai dapat kekal menjaga SOP kerana ini cukup penting.

“Saya bimbang kerana jika berlaku peningkatan (kes) terlalu mendadak maka perkara pertama yang akan disekat aktiviti sukan. Jadi saya harap semua orang faham perkara ini,” katanya selepas melancaran buku Dato’ Shukor Salleh-Jeneral Padang di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Kelmarin, AFC mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Kelayakan Kumpulan E dari 8 hingga 14 Jun 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu, sumbangan ­Datuk Shukor Salleh, ­legenda yang telah menabur bakti buat bola sepak tempatan selama lebih dua dekad, malah me­nyarung jersi Harimau Malaya lebih 10 tahun dikongsi bersama peminat bola sepak menerusi buku biografinya.

Penerbit buku berkenaan, ­Zaibidi Sultan telah membe­lanjakan lebih RM200,000 dan menghabiskan hampir empat tahun menemu bual individu-individu yang relevan dengan Shukor bagi berkongsi kisah di balik tabir legenda kelahiran Pulau Pinang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya