'Budak sekolah' bukan tanggungjawab FAM semata-mata - Utusan Malaysia

‘Budak sekolah’ bukan tanggungjawab FAM semata-mata

KEKALAHAN Malaysia kepada Laos pada Kejohanan AFF B-23 di Kemboja mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemerhati dan peminat bola sepak tanah air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menghentam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semata-mata kerana ketiadaan liga peringkat umur di negara ini tindakan tidak adil.

Penganalisis sukan Dr. Pekan Ramli menegaskan, usia kanak-kanak dan remaja memerlukan mereka berada di sekolah serta belajar. Jadi, melibatkan golongan ini dalam liga yang panjang perlu mendapat kerjasama penuh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai pemegang taruh.

Bagaimanapun kata Pekan, komen bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim yang menyifatkan ketiadaan liga remaja domestik menyebabkan proses pembangunan bola sepak negara tidak berjalan baik perlu diperhalusi dengan bijak.

PEKAN RAMLI

“FAM tak boleh dipersalahkan sepenuhnya jika tiada liga remaja sepanjang tahun. Sebab budak sekolah bukan di bawah tanggungjawab mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Begitupun Pekan menegaskan pendekatan profesional yang diambil beberapa kelab tempatan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United dalam membentuk bakat pemain dari akar umbi wajar dicontohi pasukan lain.

Katanya, ini yang menjadi budaya dalam kelab bola sepak antarabangsa dan mampu meringankan beban yang ditanggung FAM dan MFL dalam mencungkil bakat-bakat muda.

“Kita boleh menjadikan negara luar sebagai model tetapi mesti mengikut kesesuaian kita juga. Misalnya, di luar negara peralihan pemain dari sekolah ke akademi profesional ditanggung sepenuhnya oleh kelab-kelab bola sepak.

“Memang benar peruntukan kewangan akan menjadi perbahasan utama tetapi apabila anak-anak ini diberi platform, laluan untuk bertanding dalam kategori tersendiri lebih banyak sebagai contoh Liga Remaja B15, Liga Remaja B17,” katanya.

JDT antara kelab yang mempunyai program pembangunan bakat yang baik.

Kelmarin, Teong Kim berkata, FAM dan MFL perlu dipersalahkan atas kegagalan Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia (ASEAN) Bawah 23 tahun (B-23) kerana mereka tidak mempunyai platform mencukupi untuk beraksi pada pertandingan kompetitif.

Hujah itu turut disokong bekas pengendali skuad Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee yang percaya, kewujudan liga yang kompetitif untuk peringkat umur membantu pembangunan bola sepak negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya