Bison tambah derita Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Bison tambah derita Harimau Kumbang

SELEPAS ditimpa musibah hingga menyukarkan kedudukan mereka dalam Liga Premier, Perak Bison berharap untuk bangkit apabila STL 2021/2022 memasuki Ipoh minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perak Bison dipaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas Penang Black Panthers dalam aksi Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Dalam aksi set pertama, Perak mempamerkan persembahan dominan apabila menang 21-12.

Bagaimanapun, perlawanan yang menemukan dua pasukan dari utara tanah air itu menunjukkan tanda-tanda permainan bakal berlanjutan sehingga ke set penentuan dan ternyata telahan itu benar apabila Perak akur dengan kekalahan 15-21 pada set kedua.

Pertarungan yang bersambung dalam set ketiga akhirnya berpihak kepada Perak apabila anak-anak buah Suhairi Abd Aziz itu melakar kemenangan 21-17.

Keputusan perlawanan tersebut menyaksikan dua nasib berbeza menimpa Perak dan Pulau Pinang, apabila Bison berjaya mengekalkan rentak kemenangan, manakala Harimau Kumbang terus dirundung malang apabila ditimpa kekalahan buat kali keenam berturut-turut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya