Beijing sedia anjur temasya gemilang - Utusan Malaysia

Beijing sedia anjur temasya gemilang

KONTINJEN China memasuki perbarisan upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Nasional, Beijing semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 membuka tirai secara rasmi di China semalam, dengan Beijing memahat sejarah muncul satu-satunya bandar raya yang menganjurkan kedua-dua temasya – Musim Panas dan Musim Sejuk.

Biarpun dibayangi isu hak asasi manusia dan jangkitan Covid-19, namun upacara pembukaan berlangsung meriah di Stadium ‘Sarang Burung’ Nasional, dengan hampir 3,000 atlet menghangatkan temasya.

ANTARA persembahan menarik dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Stadium Nasional, Beijing semalam. – AFP

Sukan Olimpik tersebut yang berlangsung hingga 20 Februari berada di bawah kebimbangan penularan Co­vid-19 dan boikot diplomatik oleh 10 negara termasuk Amerika Syarikat untuk membantah pencabulan hak asasi manusia di China.

Norway muncul juara ke­seluruhan pada temasya 2018 di PyeongChang, Korea Selatan dengan memenangi 14 emas, 14 perak dan 11 gangsa, sekali gus menjadi calon utama untuk membolot lebih emas di Beijing.

Begitupun Jerman yang turut meraih 14 emas di Korea Selatan dan Kanada (11 emas) akan menjadi pesaing utama. – AGENSI

TUMPUAN BEIJING 2022

Jamaica kembali menyertai temasya musim sejuk selepas 24 tahun dengan menghantar pasukan dalam acara bobsleigh empat pemain, sekali gus memberikan kegembiraan kepada mereka yang membuat penampilan sulung di Calgary pada 1988.

PEMBAWA bendera Arab Saudi, Fayik Abdi mengetuai delegasi negaranya dalam upacara pembukaan semalam. – AFP

Negara bercuaca panas, Haiti dan Arab Saudi bersedia membuat kemunculan sulung pada Olimpik Musim Sejuk dengan mengambil bahagian dalam acara slalom gergasi lelaki.

Kira-kira 2,900 atlet akan bertanding mewakili 90 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dalam 109 acara. Bermakna 109 set pingat ditawarkan, le­bih tujuh pingat daripada Sukan Musim Sejuk di PyeongChang 2018.

Kira-kira 47 peratus daripada atlet yang bertanding kali ini adalah wanita, menjadikan Beijing 2022 sebagai Olimpik Musim Sejuk paling seimbang dari segi jantina.
Buat pertama kali di Sukan Olimpik, semua 13 lokasi pertandingan menggunakan solar dan angin sebagai sumber tenaga utama. Sistem penyejukan CO2 semula jadi turut digunakan buat kali pertama.

AKSI peluncur Switzerland, Loic Meillard ketika menjalani latihan dalam acara menuruni bukit di Yanqing National Alpine Skiing Centre, Yanqing semalam. – AFP

Bajet AS$4 bilion (RM16.72 bilion) meliputi penganjuran Olimpik Musim Sejuk tahun ini tetapi kos sebenar mungkin lebih tinggi.

Rusia dilaporkan membelanjakan AS$51 bilion (RM213 bilion) untuk temasya Sochi 2014, Beijing mempunyai kelebihan untuk menukar semula tempat yang dibina untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2008 kepada Sukan Musim Sejuk. Contohnya, Kiub Air untuk berenang kini menjadi Kiub Ais untuk sukan Curling.

SEBAHAGIAN atlet acara ski gaya bebas memulakan latihan di Genting Snow Park, Zhangjiakou semalam sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. – AFP

China memperuntukkan lebih AS$9 bilion (RM37.62 bi­lion) untuk menggunakan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Beijing ke pusat peranginan ski berdekatan di Zhangjiakou dan Yangqing, ve­nue untuk dua acara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya