ATM Guardians makin sukar digugat - Utusan Malaysia

ATM Guardians makin sukar digugat

APIT kanan Kelantan Warriors, Wan Naim Izani (tengah) membuat libasan ketika menentang ATM Guardians dalam aksi Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ATM Guardians mengukuhkan cengkaman di persada liga apabila melakar kemenangan mudah ke atas Kelantan Warriors dalam aksi Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Aswadi Abdullah itu kini mengumpul 18 mata dan kejayaan ke atas Kelantan adalah kemenangan kesembilan buat naib juara musim lalu itu.

Dalam aksi set pertama, ATM yang pada awalnya cuba diberi tentangan oleh Kelantan, akhirnya beroleh kemenangan 21-17.

Regu yang diperkuatkan oleh barisan pemain kebangsaan itu mengakhiri persembahan mereka dengan kejayaan 21-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya