Atlet digugurkan dapat peluang kedua

Atlet digugurkan dapat peluang kedua

AHMAD Faizal Azumu dalam sidang akhbar pelaksanaan program Podium dan Temasya Sukan dan Para Sukma di Menara KBS di Putrajaya semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: ‘Ibarat mati hidup semula’.

Itu perumpamaan terbaik buat 144 atlet negara yang ditamatkan kontrak sebelum ini selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bayangan sedia menyambung semula kontrak mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mereka akan menilai semua kontrak yang ditamatkan bersama tawaran baharu selepas menerima peruntukan tambahan.

“Insya-Allah, saya memberi jaminan pihak kita akan kaji balik semua kontrak yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu akibat ketiadaan peruntukan dalam Bajet 2022,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan penamatan kontrak 144 atlet kebangsaan itu. Ini setelah Bajet 2022 dibentangkan tahun lalu cuma memberi peruntukan RM244 juta kepada sukan keseluruhan.

Sebahagian besar mereka turut menerima pengurangan elaun bulanan ekoran kekurangan dana.

Keadaan itu menyaksikan hanya 293 daripada 432 atlet yang berpotensi meraih pingat dalam tiga kejohanan sukan terbesar di luar negara pada sepanjang tahun ini yang akan dikekalkan.

Bagaimanapun semalam, Ahmad Faizal mengumumkan khabar gembira apabila mesyuarat Kabinet bersetuju untuk meneruskan Program Podium sehingga 2025 dengan dana sebanyak RM240 juta.

Pada 5 Januari lalu, negara digemparkan dengan laporan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengurangkan elaun latihan atlet negara. Dengan menggugurkan 144 atlet negara daripada program latihan kebangsaan ekorang kekurangan peruntukan.

Atlet yang terlibat antaranya Zaidatul Husniah Zulkifli yang mengalami kecederaan ligamen di lutut sejak 2020. Manakala selebihnya sedang mempertimbang untuk bersara, menyambung pengajian atau mencari peluang pekerjaan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya