Astro, PSM kukuhkan kerjasama penganjuran STL sehingga 2032 - Utusan Malaysia

Astro, PSM kukuhkan kerjasama penganjuran STL sehingga 2032

KEHADIRAN import seperti Rusdee Leerem menghangatkan lagi STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Astro meneruskan kerjasama bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selaku
rakan penganjur Liga Sepak Takraw (STL) selama 10 tahun sehingga 2032.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John menganggap kerjasama utuh bersama PSM sejak 2014 berjaya membawa perubahan dan nafas baharu kepada landskap sukan warisan ini kembali rancak.

“STL telah mencetus fenomena sehingga pelbagai kejayaan ditempa, termasuk meraih sekitar 15.6 juta penonton antara tahun 2018-2021 dan kerjasama bersama beberapa syarikat penyiaran antarabangsa bagi melebarkan sayap pertandingan ini.

“Bagi musim 2021/2022, siaran STL telah menembusi pasaran lebih enam buah negara, termasuk Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Hong Kong. Itu memberi petunjuk baik daripada segi penerimaan buat sukan ini.

“Liga Kompetitif dan berprestij itu telah menjadi tumpuan peminat serantau dan sudah tentu kami ingin menjadikan STL acara yang gah dan premium untuk disiarkan keseluruh dunia.

“Dengan kejayaan ini tidak mustahil Malaysia mampu menjadi hab sukan dan kuasa besar sukan sepak takraw di rantau ini.

“Ia juga langkah untuk meningkatkan kualiti pemain negara dalam melahirkan pemain sepak takraw bertaraf dunia,” kata Nicholas.

Sementara itu, Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan yakin dengan termeterai kerjasama ini akan merancakkan lagi usahasama antara kedua-dua pihak dalam mentransformasi sukan ini.

PSM katanya turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberikan sokongan dalam penganjuran STL selama ini.

MOHD. SUMALI REDUAN

“Persatuan mempunyai sasaran jelas untuk memartabatkan kembali nama Malaysia dalam sukan ini melalui komitmen jangka panjang bersama Astro yang mempunyai platform besar dalam mempromosikan sukan tradisi ini.

“PSM juga telah bekerja keras dalam menjadi pelopor sukan ini dan usaha itu tidak akan terhenti begitu sahaja,” katanya.

Saksikan edisi kelapan STL yang sedang berlangsung sehingga 26 Mac di Astro Arena (saluran 801) atau layari aplikasi Astro GO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya