Aruwin bersaing gagah bersama peluncur terbaik dunia - Utusan Malaysia

Aruwin bersaing gagah bersama peluncur terbaik dunia

AKSI Aruwin Salehhuddin ketika bersaing dalam acara giant slalom wanita pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Pusat Ski Alpine Nasional, Yanqing kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aruwin Salehhuddin meraih keputusan membanggakan dalam penampilan sulung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 apabila menamatkan saingan giant slalom dengan sempurna untuk menduduki tangga ke-38 keseluruhan di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing hari ini.

Selepas melepasi Run 1 (pusingan awal) pada sebelah pagi, remaja berusia 17 tahun itu memberi persembahan sempurna di Run 2 (penentuan pingat) tanpa sebarang kesilapan, terjatuh mahupun terbabas ketika melalui semua pagar dengan mencatat masa 1 minit, 6.15 saat (s).

Jumlah masa keseluruhan yang dicatat atlet berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu ialah 2:12.28s iaitu 16.59s di belakang pemenang pingat emas Sara Hector dari Sweden (1:55.69s).

Pencapaian yang ditunjukkan Aruwin, atlet wanita Malaysia pertama layak ke Olimpik Musim Sejuk amat memberangsangkan kerana dia beraksi lebih konsisten dibandingkan beberapa atlet lain, sama ada yang mencatat masa lebih perlahan atau gagal menamatkan perlumbaan.

 

Hanya 60 peserta beraksi di Run 2 dengan 10 daripada mereka gagal menamatkan saingan dengan sempurna, manakala wakil Amerika Syarikat, Nina O’Brien dibatalkan penyertaannya walaupun mencatat masa keenam terpantas pada Run 1.

Perak dalam acara berkenaan diraih Federica Brignone dari Itali (1:55.97s), sekali gus memperbaiki pencapaian gangsa yang diraih di Pyeongchang, Korea Selatan pada 2018.

Lara Gut-Behrami dari Switzerland yang pernah muncul juara dunia sebanyak dua kali sekadar berpuas hati dengan gangsa selepas mengumpul catatan masa 1:56.41s.

Pada sebelah pagi Aruwin berjaya mara ke Run 2 selepas mencatat masa ke-46 terpantas daripada 82 peserta yang mengambil bahagian dengan merakam masa 1:6.13 s.

Berakhir sudah ujian pertama Aruwin yang dibimbing jurulatih dari Croatia, Mladen Bezjak, dia akan turun sekali lagi dalam saingan slalom wanita, Rabu ini.

Seorang lagi wakil negara, Jeffrey Webb slalom lelaki Rabu depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya