Arsenal menang dengan 10 pemain - Utusan Malaysia

Arsenal menang dengan 10 pemain

PEMAIN tengah Wolverhampton, Daniel Podence (kiri) terjatuh ketika bersaing dengan pertahanan Arsenal, Ben White dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Biarpun menutup perlawanan dengan 10 pemain, Arsenal masih mampu melakar kemenangan pertama daripada enam perlawanan (semua kejohanan) apabila menewaskan Wolverhampton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Pemain Brazil, Gabriel menyudahkan hantaran jarak dekat untuk gol tunggal kemenangan Gunners di minit ke-25 dalam perlawanan sukar yang menyaksikan Gabriel Martinelli dibuang padang pada minit ke-69.

Wolverhampton gagal memanfaatkan situasi itu walaupun hampir menyamakan kedudukan apabila percubaan pemain gantian, Chiquinho dikeluarkan dari garisan gol.

Percubaan Daniel Podence pula dinafikan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale dan ia malam yang mengecewakan buat tuan rumah apabila gagal melakar kemenangan liga keempat berturut-turut.

GABRIEL Martinelli (kanan) melangkah keluar selepas dibuang padang. – AFP

“Dalam bola sepak, hendak memenangi perlawanan seperti ini (beraksi dengan 10 pemain) amat sukar, jadi kami perlu menghentikannya.

“Sudah banyak kali kami bercakap tentang perkara ini, tapi saya kehabisan idea (mengelak pemain daripada terus dilayangkan kad merah),” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Kemenangan di Stadium Molineux itu membolehkan Arsenal naik ke tangga kelima liga dengan 39 mata daripada 22 perlawanan, manakala Wolverhampton kekal di kedudukan kelapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya