Amer tarik perhatian penyokong Sang Kenari - Utusan Malaysia

Amer tarik perhatian penyokong Sang Kenari

Mohammad Amer Azahar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Selepas mengharungi lebih 10 perlawanan persahabatan menjelang aksi Liga Super yang membuka tirai Jumaat ini, nama Mohammad Amer Azahar, 26, kini meniti di bibir peminat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Meskipun tidak berada dalam senarai pemain yang menghasilkan banyak jaringan dalam perlawanan persahabatan dilalui, kelibat lincah bekas pemain Penang FC pada musim lalu itu, sentiasa menarik perhatian.

Begitu menurut Mohammad Amer, dia tidak mahu terbuai dengan pujian diberikan terhadap aksi pantas, lincah dan agresif dipamerkan setakat ini.

AKSI Mohammad Amer Azahar sepanjang pramusim mencuri tumpuan penyokong skuad Sang Kenari.

“Sehingga kini saya sebenarnya masih cuba yang terbaik untuk memperbaiki permainan dalam setiap perlawanan dilalui. Secara peribadi, saya rasa masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.

“Jadi insya-Allah selepas ini, saya akan terus berusaha dan berlatih lebih kuat untuk masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Penang FC di Stadium Darul Aman semalam.

Perlawanan itu yang menjadi aksi pertama KDA FC di stadium berkenaan musim ini, berakhir dengan keputusan 0-0.

Amer berkata, dia cukup gembira berada di Kedah berikutan keharmonian dalam pasukan yang dipamerkan bersama rakan sepasukan serta barisan kejurulatihan.

“Suasana dalam pasukan ini cukup menarik dan sebab itu, agak mudah dan cepat bagi saya untuk memahami corak permainan dimahukan,” katanya.

Mengenai perebutan dalam kesebelasan utama, Mohammad Amer mengakui betapa perkara itu bukan sesuatu yang mudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya