Alli mahu kembali merasai 'keseronokan' bermain bola - Utusan Malaysia

Alli mahu kembali merasai ‘keseronokan’ bermain bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dele Alli berkata, dia mahu merasai semula keseronokan bermain bola sepak selepas melengkapkan perpindahan ke Everton yang kini dibimbing Frank Lampard.

Bintang tengah ENgland itu menandatangani kontrak dua tahun setengah di Goodison Park, perpindahan yang diharap mampu menaikkan semula kariernya yang tenggelam di Tottenham.

Alli, 25, antara tonggak England dalam Piala Dunia 2018, namun dia bergelut untuk mendapat tempat dalam skuad utama Spurs sejak beberapa musim lalu.

FRANK Lampard pengendali baharu Everton.

“Saya sudah beberapa kali berbual dengannya (Lampard) dan dia antara pemain yang saya kagumi ketika zaman kegemilangannya.

“Mendapat peluang bekerja dengannya sangat mengujakan dan ssaya pasti kami akan melakukan perkara yang hebat bersama,” kata Alli kepada Sky Sports.

Apabila ditanya motivasi utamanya untuk berpindah, dia berkata dia mahu kembali merasai keseronokan bermain bola sepak.

“Saya hanya mahu bermain bola sepak dengan gembira dan saya fikir bekerja dengan Lampard serta pemain hebat lain yang ada di sana (Everton), peluang terbaik untuk melakukannya,” katanya.

EVERTON turut mendapat khidmat Donny van de Beek secara pinjaman.

Perpindahan Alli dibuat hanya beberapa jam selepas Everton mengesahkan bekas bos Chelsea, Lampard sebagai pengganti Rafael Benitez.

Lampard juga mendapatkan khidmat Donny van de Beek pada hari tarikh akhir, dengan pemain tengah Belanda itu dipinjamkan dari Manchester United untuk baki musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya