Akademi Star Lion Perlis mampu kembalikan kegemilangan Singa Utara

Akademi Star Lion Perlis mampu kembalikan kegemilangan Singa Utara

BARISAN pemain Akademi Bola Sepak Star Lion Persatuan Bola Sepak Perlis di padang Kompleks B Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di Kangar semalam. - UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Akademi Bola Sepak Star Lion Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bakal menjadi pemangkin kebangkitan bola sepak negeri ini terutama membabitkan pembangunan akar umbi dan melahirkan bakat baharu.

Pada peringkat permulaan, akademi yang baru ditubuhkan tahun ini membabitkan 50 pemain di bawah lapan, sembilan dan 10 tahun yang telah melalui proses pemilihan sebelum terpilih berada di dalam akademi berkenaan.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, penubuhan akademi tersebut merupakan langkah kecil tetapi akan menjadi batu loncatan buat masa depan bola sepak negeri.

“Anak-anak muda ini akan didedahkan dengan peraturan dan etika permainan supaya membesar sebagai pemain bola sepak berkaliber dan berdisiplin tinggi,” katanya.

Pelancaran Akademik Star Lion Perlis itu disempurnakan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu majlis di padang Kompleks B Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, semalam.

Seterusnya, Zamri mengucapkan terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Hamidin yang sanggup datang ke Perlis merasmikan akademi tersebut.

HAMIDIN MOHD AMIN (baju kuning) pada majlis pelancaran Akademi Bola Sepak Star Lion Persatuan Bola Sepak Perlis semalam.

“Kehadirian FAM pasti melonjakkan lagi semangat permata-permata negara ini untuk meneruskan cita-cita dalam kerjaya bola sepak,” katanya.

Sementara itu, Hamidin berkata, akademi tersebut dilihat sebagai pemangkin dalam menaikkan semula bola sepak Perlis terutama daripada segi pembangunan akar umbi dan melahirkan bakat-bakat baharu.

Katanya, pendedahan di peringkat akar umbi itu penting untuk melahirkan perintis bola sepak di masa hadapan terutama sebagai pelapis Harimau Malaya dan pasukan negeri ini.

“FAM berharap kemudahan baru itu dapat menaikkan lagi semangat pemain, barisan kejurulatihan serta kakitangan PFA dalam memberikan yang terbaik sekali gus mengembalikan kegemilangan Singa Utara,” katanya.

Pengarah Akademi Star Lion Perlis, Abdul Jalil Md Isa pula berkata, pada peringkat awal, seramai 50 pemain telah dipilih menyertai akademi ini selepas melalui proses pemilihan melibatkan ratusan kanak-kanak sebelum ini.

Katanya, latihan diadakan tiga hari pada setiap minggu membabitkan pemain kategori di bawah 8,9 dan 10 tahun dengan tiga jurulatih.

“Sasaran kita adalah untuk cungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan kanak-kanak ini. Berdasarkan pemilihan sebelum ini, para pemain yang dipilih ini mempunyai potensi dan kita akan gilap bakat mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya