STL: Aekasit sedia rawat luka Black Panthers

STL: Aekasit sedia rawat luka Black Panthers

Aekasit Naphom
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang Black Panthers akhirnya bakal mempertaruhkan perejam importnya dari Thailand, Aekasit Naphom pada minggu keenam dalam aksi pusingan kedua Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang akan berlangsung di Kelantan minggu depan.

Kehadiran pemain berusia 28 tahun itu dikatakan bakal merawat luka pasukan kendalian Fazil Mohd. Asri setelah berdepan dengan enam kekalahan sejak minggu keempat STL berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan, Mohamad Azlee Ahmad Mahiudin berkata, penantian hampir lima minggu skuad Harimau Kumbang berhubung status kehadiran pemain Liga Thailand itu akhirnya berakhir dengan berita gembira.

Menurut beliau, sudah tiba masanya khidmat pemain berusia 28 tahun itu digandingkan bersama barisan ‘ubi muda’, Jumaat depan.

PENANG Black Panthers mempamer aksi tidak menentu dalam lima minggu pertama STL 2021/2022.

“Berita baik buat semua peminat Penang Black Panthers yang selama ini tidak sabar menunggu dan bertanya mengenai status kehadiran Aekasit dalam STL kali ini.

“Dia (Aekasit) sudah tiba di Kuala Lumpur pada tiga hari lalu dan sedang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel. Tahap kesihatannya juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Kehadirannya akan menambahkan lagi semangat dan keyakinan barisan pemain sedia ada dalam mencari semula rentak kemenangan buat pasukan. Saya percaya, mereka dapat mencipta keserasian dengan baik dan lebih cemerlang nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, hanya Muhammad Zaim Mohd. Razali dan Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican berpengalaman beraksi dengan Aekasit dalam STL sebelum ini.

“Berhubung cara komunikasi, bukan menjadi masalah utama memandangkan sebahagian barisan kejurulatihan, pengurusan dan pemain mahir serta ada belajar bahasa Thailand,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya