LISBON: Pertemuan antara dua musuh tradisi, Porto dan Lisbon dalam Liga Primeira pagi tadi berakhir dengan pergaduhan terburuk dalam sejarah bola sepak Portugal melibatkan 40 orang.
Selepas kedudukan terikat 2-2, keadaan tegang dibawa sehingga tamat perlawanan yang menyaksikan beberapa pemain meluru ke tengah padang dan memulakan pergaduhan.
Melihat keadaan semakin tidak terkawal, pengadil mengarahkan lima pemain meninggalkan padang dengan melayangkan kad merah.
Agustin Marchesin dan Pepe dari Porto bersama Sebastian Coates, Joao Palhinha serta Bruno Tabata dari Sporting diarah keluar padang apabila perlawanan dicemari pergaduhan.
Bagaimanapun, memburukkan lagi keadaan, pergaduhan tidak hanya melibatkan pemain, malah pegawai perlawanan dan pasukan, budak pengutip bola serta steward stadium turut sama ‘beraksi’ di Estadio do Dragao, menyebabkan hampir 40 orang bergaduh di atas padang.
“Perlawanan Porto dan Sporting berakhir dengan pergaduhan besar.
“Pepe terlibat sama dan dikeluarkan 10 minit selepas wisel penamat ditiupkan. ‘Letupan’ terbesar setakat ini,” tulis sebuah media tempatan. – AGENSI