Zii Jia 'kunci' mulut - Utusan Malaysia

Zii Jia ‘kunci’ mulut

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecuali menukar gambar profil di media sosial kepada hitam dan berkongsi soko­ngan rakan-rakan seperjuangan, tiada kenyataan dikeluarkan Lee Zii Jia sejak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan dia ‘dibekukan’ daripada semua kejohanan selama dua tahun gara-gara mahu meninggalkan skuad kebangsaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara mendapati, juara All England itu tidak lagi menjalani latihan hari ini, dan kali terakhir dia berlatih bersama pasukan kebangsaan adalah pagi semalam.

Pemain No. 7 dunia itu juga dikatakan sudah mengosongkan bilik asramanya di ABM dan dikatakan tidak tinggal di situ sejak menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Januari lalu.

“Semalam (kelmarin) kakak­nya datang mengambil barang-barang di bilik Zii Jia sejurus BAM mengumumkan keputusan mereka. Saya tidak fikir dia akan kembali dalam masa terdekat,” kata sumber di ABM.

Kelmarin, BAM mengumumkan Zii Jia dan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Goh Jin Wei tidak akan didaftarkan dalam dua sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

Tindakan itu susulan keputusan pemain berusia 23 tahun tersebut untuk meninggalkan BAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya