Zaim mahu jadi Menteri Kesihatan - Utusan Malaysia

Zaim mahu jadi Menteri Kesihatan

KERATAN ruangan Tanya Je...dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

KEJAYAAN merangkul anugerah pengumpan terbaik pada minggu kedua Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 menjadikan ZAIM RAZALI antara pemain sepak takraw digeruni di posisi apit kiri musim ini.
Misi pemain berusia 26 tahun itu bukan sahaja mahu menghadiahkan kejuaraan buat Penang Black Panthers, malah membantu pemain muda Harimau Kumbang meraih pengalaman terbaik dalam STL kali ini.
Zaim pernah mewakili skuad kebangsaan dari 2014 hingga 2018 dan membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan SEA 2015 di Singapura, selain di temasya Kuala Lumpur 2017.

Bersama wartawan RAMDHAN SAMSUDIN, ruangan Tanya Je…minggu ini mengupas sisi peribadi pemain itu yang mungkin tidak pernah dikongsi bersama peminat sepak takraw selama ini.

ZAIM RAZALI

 

Jika anda seorang doktor, ingin jadi doktor apa?
Saya ingin menjadi doktor haiwan.

Tiga perkara yang anda buat selepas bangun dari tidur?
Solat, mandi dan cari makanan.

Permainan tradisional paling digemari?
Congkak dan batu seremban sebab permainan itu menyeronokkan.

PERMAINAN tradisional, congkak.

Perkara yang anda tidak suka buat?
Kawan berpuak-puak.

Kalau anda ada poket Doraemon, apa yang ingin anda keluarkan?
Pintu ajaib sebab saya nak pergi ke mana sahaja.

Jika anda seorang guru, guru apa yang anda ingin jadi?
Cikgu Pendidikan Jasmani.

Tempat pilihan berbulan madu?
Paris.

IMPIKAN bulan madu di Paris.

Kartun kegemaran sewaktu zaman kanak-kanak?
Hagemaru.

Kalau anda ada RM10 dalam dompet, apa makanan yang anda akan beli untuk survive selama tiga hari?
Roti dan air kerana itu makanan asas yang mudah diperoleh.

Jika anda seorang pelakon, anda ingin memegang watak apa?
Saya mengimpikan untuk memegang watak antagonis kerana ia mencabar.

Kalau anda seorang menteri, ingin jadi menteri?
Menteri Kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya