Yusoff serah nasib kepada FAM - Utusan Malaysia

Yusoff serah nasib kepada FAM

YUSOFF MAHADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Biarpun ditekan kiri kanan, depan belakang untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus Harimau Malaya, terutama selepas Tan Cheng Hoe mengambil keputusan melepaskan tugas ketua jurulatih, Datuk Yusoff Mahadi menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM mengakui, beliau tidak marah, malah memahami kemarahan peminat bola sepak ekoran kegagalan Malaysia melepasi peringkat kumpulan pada Piala AFF 2020 di Singapura.

“Jawatankuasa Pengurusan akan membuat post-mortem terlebih dahulu dan hasil daripada maklumat yang diperolehi itu akan dibawa kepada Exco FAM untuk mengambil sebarang tindakan yang perlu.

“Exco FAM akan menentukan segalanya setelah meneliti laporan terperinci post-mortem yang dilakukan. Insya-Allah dalam masa terdekat Exco akan mengadakan mesyuarat,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ketika ditanya mengenai desakan semua pihak terlibat dengan skuad Harimau Malaya wajar meletakkan jawatan beliau berkata: “Saya enggan ulas lanjut tapi tunggulah Mesyuarat Exco FAM yang akan bersidang tidak lama lagi.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya