Yob import ubah nasib Bison - Utusan Malaysia

Yob import ubah nasib Bison

AKSI Anuwat Sombatdee ketika melakukan servis dalam STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan membawa masuk pemain import Thailand, Anuwat Sombatdee di tengah set kedua membawa tuah kepada Perak Bison apabila mencatat kemenangan sulung ke atas Putrajaya Cyborg dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 semalam.

Dalam set pembukaan, Perak tidak berdepan masalah untuk mengutip mata apabila meraih kemenangan 21-17.

Bagaimanapun, skuad seladang agak bergelut dan membawa masuk tekong import, Sombatdee bagi menggantikan Meor Zulfikar Mat Amin.

Mereka kecundang 17-21 sekali gus mengheret permai­nan ke set penentuan.

Kepakaran Sombatdee terus ditagih dan harapan yang dile­takkan kepadanya berjaya dipenuhi apabila dia membantu Perak daripada ditimpa kekalahan kedua dengan meraih kemena­ngan tipis 21-19.

PERAK Bison (baju kuning) menunggu tendangan Putrajaya Cyborg dalam aksi Premier, Liga Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Jurulatih Perak Bison, Suhairi Abd. Aziz mengakui, membawa masuk Sombatdee satu keputusan tepat dan dia telah memberi dua mata penting di saat-saat gen­ting pasukan amat memerlukan khidmatnya.

“Libasannya yang kencang telah menghadiahkan dua mata berturut-turut sekali gus meletakkan Perak Bison mendahului 20-18 dalam set penentuan.

“Kami juga membawa masuk apit kanan, Amirul (Ramadhan Fazillah Suhaimi) bagi menggantikan Madzrul (Aziq Mat Tahir) kerana Amirul serasi bermain bersama Sombatdee,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Suhairi memberitahu, kemenangan tersebut amat berharga kepada skuad bimbingannya setelah kecundang dalam perlawanan pembukaan menentang Kelantan Warriors kelmarin.

Dalam aksi hujung minggu ini, pasukan utara tanah air bakal mengharungi laluan ­lebih getir apabila pencabar lebih kuat menanti mereka iaitu ATM Guardians, KL Thunder dan Johor Tigris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya