Watford pecat Ranieri selepas tiga bulan - Utusan Malaysia

Watford pecat Ranieri selepas tiga bulan

CLAUDIO RANIERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus berpengalaman, Claudio Ranieri menjadi mangsa terbaharu Liga Perdana Inggeris apabila dipecat oleh Watford hari ini hanya tiga bulan selepas mengemudi kelab itu.

Prestasi buruk Watford, termasuk kekalahan terbaharu 0-3 kepada Norwich City, Sabtu lalu menyebabkan mereka berada di zon penyingkiran dengan menghuni tangga kedua tercorot.

“Majlis Hornets menghormati Claudio sebagai individu berintegriti dan penuh rasa hormat yang sentiasa dihormati di Vicarage Road kerana usahanya mengetuai pasukan.

“Bagaimanapun ahli majlis merasakan berbaki separuh kempen Liga Perdana, perubahan dalam jawatan ketua jurulatih akan memberikan masa secukupnya bagi mencapai sasaran kekal dengan status di Liga Perdana,” kata Watford dalam satu kenyataan.

Watford yang baru dinaikkan ke liga utama musim lalu mengalami tujuh kekalahan dan satu seri dalam lapan perlawanan terakhir.

Ranieri, 70, yang berasal dari Itali mengambil alih pasukan pada Oktober apabila Xisco Munoz meninggalkan kelab itu hanya selepas tujuh perlawanan dan Watford berada di kedudukan ke-14. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya