Valeree, 'Uncle' Peng Soon lulus ujian pertama - Utusan Malaysia

Valeree, ‘Uncle’ Peng Soon lulus ujian pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kombinasi baharu Chan Peng Soon-Valeree Siow ‘lulus’ ujian pertama apabila melepasi halangan pembukaan kejohanan badminton Terbuka India di Terbuka India di New Delhi, hari ini.

Peng Soon, 33, yang kembali ke pangkuan skuad kebangsaan sejak berpisah dengan Goh Liu Ying memimpin Valeree melakar kemenangan mudah ke atas wakil tuan rumah, Raju Mohamed Rehan-Jamaludeen Anees Kowsar 21-4, 21-9 dalam saingan beregu campuran.

Biarpun tampak selesa beraksi dalam perlawanan pertama mereka sejak digandingkan, namun Peng Soon yang mesra disapa ‘Uncle’ oleh Valeree menegaskan, perlawanan itu bukan ukuran sebenar kekuatan mereka.

“Kombinasi saya dengan Valeree setakat ini nampak okey sebab kami belum bertemu lawan yang benar-benar kuat, jadi tak boleh nampak (kombinasi benar-benar serasi).

“Lawan kami temui hari ini memang tidak terlalu sukar, tapi ia masih lagi satu aksi pemanas badan yang baik untuk saya dan Valeree,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu/

Peng Soon menggunakan pengalamannya untuk memimpin Valeree, pemain yang 14 tahun lebih muda daripadanya.

Pasangan negara yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan itu bakal bertemu satu lagi gandingan tuan rumah, Kashish Sharma-Saruni Sharma pada pusingan kedua.

Kashish-Saruni mara ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Kirtesh Dhindhwal-Daksha Gautam 21-17, 21-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya