United gantung Greenwood - Utusan Malaysia

United gantung Greenwood

MASON GREENWOOD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mason Greenwood tidak akan menjalani latihan bersama Manchester United ‘sehingga diberitahu kelak’,  umum gergasi Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

United mengeluarkan kenyataan tersebut selepas polis mengesahkan akan menjalankan siasatan berikutan dakwaan penyerang England berusia 20 tahun itu didakwa terbabit dalam kes keganasan dan merogol.

Semalam, satu rakaman video, gambar dan audio dimuat naik di akaun Instagram wanita berkenaan bersama dakwaan pemain itu melakukan keganasan, namun ia sudah dipadam.

United sebelum itu mengeluarkan kenyataan awal: “Kami menyedari imej dan dakwaan yang tular di media sosial.

“Kami tidak akan membuat sebarang komen hingga mendapat fakta sebenar. Manchester United tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk keganasan.”

Bagaimanapun kenyataan kedua dikeluarkan oleh kelab itu selepas mendapat pengesahan status sebenar Greenwood.

“Mason Greenwood tidak akan kembali berlatih atau bermain dalam perlawanan sehingga diberitahu kelak.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya