'Ubi muda' Selangor Pistons libas Johor Tigris - Utusan Malaysia

‘Ubi muda’ Selangor Pistons libas Johor Tigris

APIT Kanan Johor Tigris, Noraizat Mohd. Nordin (kiri) membuat libasan dalam saingan STL 2021/2022 menentang Selangor Pistons di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Turun sebagai antara pilihan untuk mencabar kejuaraan Anuar Emas Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, Johor Tigris bagaimanapun tumpas 1-2 kepada skuad muda Selangor Pistons dalam perlawanan pembukaan saingan Premier di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Johor, juara Piala Juara-Juara 2019 bermula baik dengan memenangi set pembukaan 21-19, namun Selangor dengan purata pemain bawah 21 tahun bangkit mengikat kedudukan menjadi 1-1 setelah mencatat kemenangan 21-17 dalam set kedua.

Selangor terus mengorak langkah apabila beraksi cemerlang untuk menguasai set penentuan bagi menutup permainan dengan kemenangan 21-5.

Cabaran lebih getir bakal menanti Tigris esok apabila berdepan satu lagi pilihan kejohanan, Kelantan Warriors yang diketuai tekong handalan, Zulkifli Abdul Razak atau Sobey dalam perlawanan kedua.

Selangor pula akan bertemu Negeri Sembilan (NS) Antlers dalam perlawanan kedua esok.

“Kami berpuas hati dengan permainan hari ini tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki,” kata ketua pasukan Selangor Pistons, Farhan Adam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya