Tze Yong ketuai kemaraan 6 wakil Malaysia di Terbuka India - Utusan Malaysia

Tze Yong ketuai kemaraan 6 wakil Malaysia di Terbuka India

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Tze Yong ‘bermandi peluh’ sebelum melangkah ke suku akhir badminton Terbuka India di New Delhi hari ini.

Perseorangan lelaki negara itu dipaksa berhempas pulas, termasuk bangkit daripada ketinggalan di set pertama sebelum menang 20-22, 21-15, 21-18 ke atas Lucas Claerbout dari Perancis dalam perlawanan satu jam 17 minit.

Tze Yong, 21, yang mengejutkan pemain lebih ternama, Tommy Sugiarto dari Indonesia pada pusingan pembukaan semalam kini akan berdepan Nguyen Nhat pada suku akhir esok.

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING

Turut mengiringi Tze Yong ke suku akhir kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.67 juta) itu adalah tiga beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Chan Peng Soon-Valeree Siow, selain beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta beregu wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien.

Beraksi sebagai pilihan pertama, Kian Meng-Pei Jing mudah menumpaskan pasangan India, Siddharth Jakhar-Megha Morchana Bora 21-6, 21-11, sekali gus menempah pertemuan dengan Konstantin Abramov-Anastasiia Akchurina dari Rusia.

Peng Soon-Valeree mengalahkan satu lagi gandingan tuan rumah, Kashish Sharma-Saruni Sharma 21-6, 21-8 untuk bertemu pilihan kedua dari Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova, manakala Tang Jie-Yen Wei akan berdepan beregu India, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan selepas meraih kemenangan percuma ekoran penarikan diri lawan mereka.

ONG YEW SIN-TEO EE YI

Vivian-Chiew Sen pula akan bertemu Anastasiia-Olga Morozova selepas mengalahkan pasangan India/Amerika Syarikat, Srivedya Gurazada-Ishika Jaiswal 21-15, 21-15.

Yew Sin-Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan ketiga mara ke suku akhir tanpa perlu mengeluarkan peluh selepas Utkarsh Arora-Akshan Shetty dari India menarik diri.

Hasrat pemain negara Soong Joo Ven untuk meneruskan kemaraan disekat juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 12-21, 12-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya