Turtles tidak selesa, masih tagih khidmat Sarayut - Utusan Malaysia

Turtles tidak selesa, masih tagih khidmat Sarayut

Barisan Terengganu Turtles yang akan membawa cabaran dalam Divisyen 1 STL 2021/2022 diperkenalkan di Kuala Terengganu, semalam. – utusan/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Wakil Divisyen 1, Terengganu Turtles masih menagih keajaiban untuk menggunakan khidmat pemain import, Sarayut Suksen dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) bulan depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, buat masa ini mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga minggu depan sama ada boleh mengekalkan apit kanan kelahiran Thailand itu atau sebaliknya.

Katanya, tindakan Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) melarang pemain mewakili pasukan STL sekali gus meletakkan Terengganu Turtles dalam situasi tidak selesa.

“Nama Sarayut didaftarkan dalam senarai lapan pemain dan dia teruja untuk beraksi, malah pendaftaran itu sudah diterima Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

“Namun jika terus menemui jalan buntu, kita sudah ada calon pemain tempatan yang layak menggantikannya dalam pasukan,” katanya selepas me­lancarkan pasukan Terengganu Turtles di sini, semalam.

Tengku Zaihan berkata, Terengganu Turtles mempertaruhkan bekas tekong dan killer Sukan Asia 2014, Izurin Refin di samping Mohd. Kamal Alfiza Shafie bagi mencapai misi kejuaraan Divisyen 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN