Tonggak Sukma ganti import Johor Tigris - Utusan Malaysia

Tonggak Sukma ganti import Johor Tigris

JOHOR Tigris sudah mempunyai pelan 'B' untuk menangani isu penarikan diri pemain import.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL 2021/2022).

Pasukan itu sebaliknya sudah mempunyai perancangan dengan membawa pemain muda dari skuad Sukan Malaysia (Sukma)
negeri kerana telah menjangkakan perkara tersebut mungkin berlaku.

Kelmarin, Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) melarang empat pemain negara itu, Swatbanchan, Aekasit Naphom
(Penang Black Panthers), Anuwat Sombatdee (Perak Bison) dan Kupithat Khatmimalan (Bomba Fighters) menyertai STL 2021/2022.

Larangan itu dibuat susulan amaran yang dikeluarkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) bahawa pemain boleh dikenakan tindakan jika menyertai STL kerana tidak merestui dengan penganjuran kejohanan.

 

Pengurus Johor Tigris, Hasif Halim berkata, mereka menghormati keputusan Swatbanchan untuk menarik diri.

“Johor Tigris menerima keputusan TAT dengan hati terbuka kerana pemain import juga perlu menghormati persatuan mereka.

“Pihak kami sudah menjangkakan dari awal lagi tentang isu pemain import akan disekat untuk bermain di STL, jadi kita sudah menyenaraikan pemain daripada
skuad Sukma untuk menggantikan tempat pemain import.

“Buat masa sekarang, pasukan masih meneruskan latihan seperti biasa.

“Kami percaya posisi tekong yang ditinggalkan dapat diambil dengan baik oleh Fakhrul Akmal dan diperkuatkan lagi dengan pemain muda, Aiman Yusman,” kata Hasif kepada Mingguan Malaysia.

Pengurus Bomba Fighters, Hamdan Ali berkata, pemain import mereka, Kupithat
sah menarik diri daripada pasukan dan perkara itu sama sekali tidak menjejaskan persiapan mereka dalam STL.

“Pihak kami meletakkan 100 peratus keputusan di tangan pemain tersebut untuk menentukan masa depannya dan dia telah memutuskan untuk tidak bermain
bersama Bomba Fighter.

“Pemain yang sedia ada sudah mencukupi dan turut berada dalam keadaan bersedia untuk beraksi nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya