Tiada import, tiada masalah - Utusan Malaysia

Tiada import, tiada masalah

LIGA Sepak Takraw 2021/2022 tetap meriah sekalipun tanpa import.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan empat pemain import dari Thailand menarik diri seminggu menjelang saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 tidak akan menjejaskan kejohanan, malah dari satu sudut menghadirkan persaingan sengit buat pasukan yang tidak mengambil tenaga luar.

Semalam, Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) melarang empat pemain mereka, Swatbanchan Seekhwa (Johor Tigris), Aekasit Naphom (Pe­nang Black Panthers), Anuwat Sombatdee (Perak Bison) dan Kupithat Khatmimalan (Bomba Fighters) daripada menyertai STL 2021/2022.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira notis amaran dikeluarkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) baru-baru ini yang melarang pemainnya mewakili mana-mana pasukan dalam STL.

“Perkara itu tidak menjadi satu isu atau masalah buat pasukan mahupun kepada STL kerana jika pemain import tarik diri sekali pun, jumlah pemain tetap sama.

“Pasukan yang tidak mahu mengambil pemain import perlu mendaftarkan tujuh pemain, manakala mereka yang mahu mengambil pemain import boleh mendaftarkan lapan orang.

“Saya menghormati keputusan pemain import sekiranya mereka mahu menarik diri daripada menyertai kejohanan,” kata Penolong Setiausaha 1, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Yusoff Ali kepada Utusan Malaysia.

Pada 20 Mei lalu, Astaf menyingkirkan PSM daripada menjadi ahli gabungan sebelum melarang penyertaan pemain Thailand dalam kejohanan STL pada 25 Disember 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN