Thailand menang tapi tak cukup bagus - Utusan Malaysia

Thailand menang tapi tak cukup bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Biarpun gembira dengan kejayaan pasukannya menjulang Piala AFF buat kali keenam, namun pengendali Thailand, Mano Polking me­ngakui, negara-negara Asia Tenggara masih ketinggalan di Asia.

Kelmarin, skuad Gajah Perang dinobat sebagai ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara selepas menang dengan agregat 6-2 ke atas Indonesia dalam final di Singapura.

Ini adalah kemenangan keenam mereka sejak kejohanan diperkenalkan pada 1996.

Begitupun Polking me­ngakui, ada banyak perkara yang harus diatasi mereka dan negara-negara Asia Tenggara lain jika ­ingin menjadi lebih kompetitif.

MANO Polking meraikan kejayaan Thailand muncul juara Piala AFF 2020.

“Saya tidak bermaksud hendak merendahkan bola sepak di rantau ini tetapi memang liga perlu diperbaiki. Thailand harus meningkatkan diri, kena mempunyai liga lebih baik agar skuad kebangsaan lebih bagus.

“Tingkatkan kualiti liga dan pembinaan pemain muda. Hal itu harus dilakukan,” kata ­Polking dalam sidang akhbar di Singapura kelmarin.

Polking menganggap permasalahan Thailand dan negara-negara lain di Asia Tenggara adalah sama.

“Liga Thailand harus lebih baik lagi, begitu juga Singapura dan Indonesia. Itu yang harus dilakukan bagi meningkatkan diri.

“Liga harus menjalankan tugas mereka tetapi pemain juga perlu bermain di luar negara bila ada peluang. Kenapa tidak pergi ke Eropah kerana mereka memiliki kualiti,” kata pengendali kelahiran Brazil itu.

Keputusan bermain di luar negara juga dirasakan Polking akan memberi impak signifikan selagi kualiti liga domestik belum meningkat.

Chanathip Songkrasin muncul Pemain Paling Bernilai Piala AFF 2020.

Polking memberi contoh Chanathip Songkrasin yang beraksi buat kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo antara pemain ASEAN terbaik selepas berkelana di luar negara.

“Anda boleh lihat Jay ­(Chanathip). Dia mampu membawa perbezaan dalam situasi tertentu kerana bermain di level berbeza.

“Pemain-pemain terbaik dalam Piala AFF, mereka harus berhijrah dan liga harus ditingkatkan,” kata Polking.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya