Terima kasih dengar keluhan kami - Rayzam - Utusan Malaysia

Terima kasih dengar keluhan kami – Rayzam

KERATAN akhbar Utusan Malaysia pada 7 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Antara atlet yang amat terkesan selepas elaun latihan atlet kebangsaan dipotong, Rayzam Shah Wan Sofian lega apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan elaun tersebut akan dinaikkan semula.

Jika dahulu elaun latihan pemenang pingat perak dan gangsa diturunkan kepada RM800, kini dinaikkan kepada RM1,500 (perak) dan RM1,000 (gangsa) sebulan berkuatkuasa serta merta.

Rayzam, 34, yang sebelum ini terkilan elaun latihan bulanannya dipotong oleh Majlis Sukan Negara (MSN) daripada RM2,000 kepada RM800 turut berpuas dengan kenaikan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri belia dan sukan kerana mendengar keluhan saya dan atlet-atlet yang lain.

“Perkembangan ini amat bagus kerana ia dapat memberikan suntikan semangat baharu kepada atlet negara yang akan bertanding di Sukan SEA,” kata jaguh 110 meter lari berpagar itu kepada Utusan Malaysia semalam.

AHMAD FAIZAL AZUMU

Sementara itu, Rayzam berkata, dia turut menyer­tai tiga pertandingan iaitu kejohanan Tertutup Malaysia, Perak All-Comers dan Terbuka Malaysia sebelum mengharungi Sukan SEA di Hanoi bagi memantapkan persiapan dari segi kecergasannya.

Sukan SEA tahun ini akan menjadi temasya terakhir buat Rayzam yang mahu bersara dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap bidang kejurulatihan.

“Sebelum ke Sukan SEA, saya gigih membuat persiapan dengan menyertai tiga pertandingan supaya saya dapat mengekalkan kecergasan saya sehingga temasya bermula.

“Tahun ini adalah Sukan SEA yang terakhir buat saya kerana selepas ini saya akan bersara dan mahu fokus kepada bidang kejurulatihan sepenuh masa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya